Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Tuesday, May 15, 2012

Apakah maksud 15hb Mei, 1948?






Teman jumpa benda ni kat Tumblr. Ingat nak sharekan,
jadi kalau para pembaca ingin kongsikan
kat facebook ke, Twitter ke, mana mana lah
silakan.
Teman fikir ingin difokuskan di sini akan satu tarikh
15hb Mei, 1948 - Hari Nakba.
Apakah Hari Nakba?
Bacalah isinya di bawah.

~*~
post ini datangnya dari sini.


MEMPERINGATI 64 TAHUN HARI NAKBAH PALESTIN - 15 MEI 2012



Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh bersejarah buat negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan British. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘MERDEKA‘ bersahutan di Stadium Merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.

Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.

Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan negara haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi Palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan Yahudi Zionis.

Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara Zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.

Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 November 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘Ketetapan 181‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidakadilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas Yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila Yahudi Zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘palsu‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.




~*~
(tambahan oleh si blogger)
sedikit info mengenai Perjanjian 181

sumber: sini


(1)
Dilaporkan oleh Jeneral Perhimpunan pada 29 November 1947.
(2)
Disahkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada perhimpunan agong yang ke-128 (33 undian menyokong, 13 undian menentang, dengan 10 berkecuali).
(3)
Perjanjian ditubuhkan sebagai rancangan bagi pembahagian dalam persekutuan ekonomi. Perjanjian ini memberikan tumpuan kepada pengisytiharaan yang dibuat oleh United Kingdom, iaitu sebagai kuasa besar kepada Palestin pada waktu itu, bagi menyempurnakan penyingkiran terhadap Palestin pada 1 Ogos 1948.
~*~



Inilah yang dikatakan Yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana.

Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud,
“Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.”
(Al-Ma’idah: 82).

Rejim Yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 (tambahan si blogger: dalam wikipedia kata 700 000) rakyat Palestin ke luar negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. 

Peristiwa dahulu seolah-olah diulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas Masjidil Aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, ke mana perginya umat Islam kini? Ketika saat British, Yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat Islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.

Ayuh, sahabat.. isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat Islam seluruh dunia.

Sebagaimana termaksub dalam al Quran yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara; kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat."
(Al-Hujurat: 10). 

Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.

Oleh: Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki,
Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah.

~end of post~

~*~

Ada yang menyarankan supaya Google. Jadi teman pun Google lah :D

Inilah rupa pada tarikh ini, sempena memperingati
perbuatan Israel ke atas warga Palestin.

Teman pun ketemulah satu artikel, dinaikkan 2jam yang lalu
melalui laman Voice of America.




'The Palestinians won key concessions, including more family visits and limits to a controversial Israeli policy that can imprison people for years without charge.


The agreement also saw roughly 20 prisoners released from solitary confinement back into the general prison population. These include Hamas member Abdullah al-Barghouthi, serving 67 life sentences for helping to plan a series of suicide bombings that killed scores of civilians.'


selebihnya di sini.

##########*##########

Artikel dari The Jerusalem Post, sejam yang lalu;


'Palestinians mark 64 years since creation of Israel, Palestinian diaspora with rallies in West Bank, Gaza; rioters throw stones, firebombs at Israeli civilians, IDF forces; at least 20 Palestinians injured at Kalandiya.


Palestinians threw stones at Israeli civilians and IDF forces in the West Bank and security forces responded with crowd dispersal means at events marking the Palestinian “Nakba Day” in a number of locations. Events marking Nakba Day (the Day of Catastrophe marking the anniversary of the establishment of Israel and the creation of the Palestinian diaspora) included a series of demonstrations and rallies in the West Bank and Gaza Strip, as well as a number of neighboring Arab countries.
Thousands of Palestinians gathered in Ramallah for a major rally at the Martyr Yasser Arafat Square. The protesters raised black banners and Palestinian flags to mark the event. Palestinian Authority Prime Minister Salam Fayyad was in attendance.'

selebihnya di sini.

##########*##########

Artikel dari Yahoo! News, 5jam yang lalu;


'Throughout the city, cars were decked out with black flags carrying a picture of a key and the word "return" in English and Arabic to remember homes they left or were forced from which are now inside Israel.


Hundreds also gathered at the nearby Ofer military prison, and at the Qalandiya crossing between Ramallah and Jerusalem, where youths hurled stones at Israeli troops, who fired tear gas and rubber bullets to disperse them, AFP correspondents said.


Further north, several thousand people gathered in Nablus city centre waving flags and calling for the right of return.'


selebihnya di sini.

##########*##########

Artikel dari Al Jazeera, 3jam yang lalu;



"An explosive device fired from the Gaza Strip, a rocket or a mortar shell, landed early this morning in southern Israel, causing no injuries or damage," Micky Rosenfeld, Israeli police spokesman, told AFP.


Israeli security forces are on alert and Nakba Day commemorations in the past have often resulted in clashes with troops and police.


"We are co-ordinating with the military and border police, we hope things will be quiet," Rosenfeld said on Monday. "We have mobilised a number of units in various areas," he said, without elaborating.'


selebihnya di sini.


##########*##########


Inilah cara mereka mendapatkan perhatian dunia.
Oleh itu, lihatlah wahai warga dunia.


Baiklah, diharapkan dengan post yang tak seberapa ini
sedikit sebanyak dapat membantu.
Yang baik datangnya dari Allah;
segala kekurangan datang dari diri si blogger sendiri.


Sama samalah kita doakan kesejahteraan saudari saudari kita di Palestin.
InsyaAllah, Palestin akan bebas akhirnya.


saja nak kongsi :)
Qasidah Burdah (Poem of The Mantle) by Mohammad Al Husayn on Grooveshark
 enjoy. :D





4 hello(s):

Anonymous said...

kiranya hari nakhbah ni, hari israel menawan palestin lah kan.

Endorphins said...

hmm lebih kurang gak tuh.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

padanlah semua tuka gambar profile.. sebab ni rupanya.. tapi kenapa kena tutup mata gambar comel tu ek?

Endorphins said...

itu kite sendiri pun xpasti; barangkali, tu keadaan para penghuni penjara tu kot.