Bila hilang hala tuju, take a detour. Ye tak?
Buat masa ni, aku hilang hala tuju nak selesaikan IMD257
jadi ke sinilah aku buat sementara waktu.
Jadi aku nak luahkan segala yang terbuku di hati
dan pemerhatian pada dunia luar tingkap M117 ni
mungkin ilhamnya datang dari situ la pulak kot. Hahahah
Tup tup nak berakhir dah Ramadhan 1433.
Diakui, aku memang akan rindu bulan Ramadhan.
Malam malam tarawih, berbuka, dan qiamullail
dan tak mungkin aku akan lupakan tiap tiap minit kebahagiaan
yang Allah beri pada aku bulan ni.
Malam tadi barangkali malam pertama dan mungkin terakhir
aku merasa tunaikan qiamullail di Masjid As-Syakirin.
Syahdu. Sejahtera. Kiri kanan jemaah menangis.
MasyaAllah.
Moga moga Allah panjangkan umur kita semua
untuk bertemu di Ramadhan 1434 pula, aamiiin ya Rabb.
Antara dahan pada pohon kehidupan yang ingin aku sentuh
adalah tentang persahabatan.
Manusia di seluruh alam tak mungkin dapat berdiri sendiri.
Ego atau tidak, gagah atau tidak, bijak atau tidak
tanpa sahabat yang Allah pertemukan pada kita, siapalah kita?
Ada yang ikhlas menyayangi, tanpa mengharap balasan.
Ada pula yang bijak mempergunakan, demi secebis kejayaan yang kekalnya hanya di dunia.
Yang paling hina di mata aku
yang depannya mulia bak malaikat; di belakang, setan! Haaa
Tapi yang aku (bahkan, aku rasa semua pun) cari cari
yang membawa ke pintu Jannah.
mendorong kepada kebahagiaan dan kejayaan, dunia akhirat
kepada semua yang Allah redhai, yang Allah suka.
Itulah persahabatan yang aku cari.
Ibu aku selalu kata, "jangan pentingkan kawan sangat,
suatu hari diorang akan tinggalkan kau jugak. Diorang kene fikir pasal diri diorang."
Ya. Sikit pun aku tak nafikan.
Dah berapa kali aku tukar kawan? Dah berapa kali aku kena penangannya?
Ada tu aku pendam lamaaaa sangat; sampaikan, hanya bila aku masuk PLKN tu baru kantoi
semua catatan luahan hati yang aku lupa nak lupuskan, dia jumpa.
Pecah tembelang, tahu. Haaa.
Dan jujurnya, sampai sekarang pun
aku masih nak buktikan, tunjukkan pada ibu aku
akan ada satu persahabatan, yang akan cantas semua keraguan ibu aku.
Dan subhanallah walhamdulillah, mungkin aku dah jumpainya
di setiap tempat aku kunjungi.
Kat kampus ni pun ada. Ada. Kami berempat.
Kami memang erat, sampaikan
aku dikatakan berkapel dengan salah seorang dari kami.
HAHAHAHAHAH SO FUNNAYYYY
NO. Dia adik aku. Diorang semua ni, adik adik aku.
Aku sayang diorang, dan aku doakan diorang.
Ya, aku sedar - mungkin juga persahabatan ini takkan kekal lama.
Mungkin terputus suatu hari nanti. Mungkin juga kita akan bertemu di syurga.
Yang menentukan, Allah Yang Maha Tinggi.
Tapi aku bergantung sepenuhnya kepada Allah
dan setiap usaha yang aku dan adik adik aku buat
supaya kami kekal bersama, walaupun dari jauh.
Dan aku dapat tahu, ada orang pergunakan adik aku.
Kalau diikutkan hati, aku nak je fire.
Tapi aku tengok adik aku masih mampu kawal keadaan.
Dan aku percaya.
Tapi, kalau aku dapat tahu dia nangis,
kerana dia,
siap.
Ikatan ini akan aku cuba pertahankan, jangan sampai putus
kerana
jika Allah tuliskan untuk aku, untuk menginap di neraka
seboleh bolehnya, janganlah kerana putusnya tali ini.
Alhamdulillah, untuk Ramadhan ini.