Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Wednesday, February 22, 2012

Mereka si mulut puaka!






Diakui, teman ni memang jenis mulut puaka. Hewhewhew
Lebih direct. Lebih suka jujur.
Ada masa jujur ada filter. Ada masa.. memang idok leeerr.
Tapi kadang kadang terfikir jugak
asal nak jujur je, tang puaka tu takkan lari nye.


Tapi tak kisah pun
lebih rela orang jujur bahasa puaka
dari orang bahasa berlapik tapi cakap cakap belakang.
Haih, pendek kata
orang bahasa lembut ni
kadang kadang mana boleh percaya.
Sorry la. Tapi inilah pengalaman teman berkawan.
Nak kata hakikat pun boleh la. Suka hati kome.
Sekurang kurangnya, si puaka ni
kalau tak suka, diorang AKAN cakap diorang tak suka.
Jimat masa. Dan kepercayaan sesama insan pun terbina.








Eheheh iklan jap. Hahahah


Lagi satu perkara pasal tuan punya mulut puaka
yang jujurnya, teman fikir agak comel x)
yang diorang ni, teman perhatikan
pemalu jugak rupanya. Hahahah :D
Tang membahan, menganjing apa semua bukan main semangat lagi!
Tapiiii
bila nak luahkan kata sayang, yang diorang ambil berat, alahai susah!
Tapi itu digantikan dengan tingkah laku diorang.
Ada masa, melalui ayat yang berlapis lapis.







Ayat dia menunjukkan dia ambik berat
tapi dituturkan dengan bahasa dan nada yang kasar.
Hahahah, ni pun pengalaman.
Hahah teman tahu dia ambil berat.
Tapi dia malu nak cakap terang terang. Hilang macho, tak gitu.
So begitulah outcome nya. Alolooo pemalu nya la haiii.
Nampak tak diorang ni penyayang sebenarnya.
Comel sangat :)


Hmm mesti kome sekalian fikir
teman ni menggalakkan tabiat ni.
Sebenarnya, tidak.
Teman hanya inginkan kome kome sekalian
untuk ambil masa dan selami hati spesies ni.
Why do they act and behave the way they are?







Ramai yang cepat menghakimi orang lain.
Buat baik, susahnya nak ingat.
Buat jahat, haramnya nak lupa.
Selalu bersangka buruk. Ada je nak dengki.
Kerap mencerca orang lain. Muhasabah diri? Jangan harap!
Orang tak bersyukur memang begitu.
Terasa? Itu petanda kome sedar diri.
Bawak bawak la berubah!


Teman memang amat mementingkan kejujuran
sebab sifat ni semakin hari semakin pudar.
Jadi bila dah dapat kawan kawan camtu, hargailah.
Kome beruntung tau.
Tak payah nak menghadap drama drama sebab yang itu tak puas dengan yang ini.
A tak puas kat B, tapi cakap kat C.
Pastu bertembung je, perli la, menjeling bagai. Aiyaaa
Apa punya logik la. Buduh sungguh.


Kalau dapat calon suami yang jujur ni
alangkah bahagianya hidup teman kelak.
Ya Allah, temukanlah daku dengan seorang insan
yang menjadikan kejujuran sebahagian dari dirinya.
Engkaulah sebaik baik pengkabul hajat.
Terimalah hajatku, Allahu Rabbi!