Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Wednesday, February 29, 2012

Hitting rock bottom.






Dear God, give me strength and guide me to success and bliss.

Dear mother, hear my plea for your love. Hear me cry.

Dear friends, stand by me. I'm not forever strong.


And to the person who endlessly made people's life hell
I've prayed the worst for you
mind you, this is my first, therefore this is your biggest mistake yet
now wait and see your fall from grace
it's okay - feel free to enjoy your bliss today.





Wednesday, February 22, 2012

Mereka si mulut puaka!






Diakui, teman ni memang jenis mulut puaka. Hewhewhew
Lebih direct. Lebih suka jujur.
Ada masa jujur ada filter. Ada masa.. memang idok leeerr.
Tapi kadang kadang terfikir jugak
asal nak jujur je, tang puaka tu takkan lari nye.


Tapi tak kisah pun
lebih rela orang jujur bahasa puaka
dari orang bahasa berlapik tapi cakap cakap belakang.
Haih, pendek kata
orang bahasa lembut ni
kadang kadang mana boleh percaya.
Sorry la. Tapi inilah pengalaman teman berkawan.
Nak kata hakikat pun boleh la. Suka hati kome.
Sekurang kurangnya, si puaka ni
kalau tak suka, diorang AKAN cakap diorang tak suka.
Jimat masa. Dan kepercayaan sesama insan pun terbina.








Eheheh iklan jap. Hahahah


Lagi satu perkara pasal tuan punya mulut puaka
yang jujurnya, teman fikir agak comel x)
yang diorang ni, teman perhatikan
pemalu jugak rupanya. Hahahah :D
Tang membahan, menganjing apa semua bukan main semangat lagi!
Tapiiii
bila nak luahkan kata sayang, yang diorang ambil berat, alahai susah!
Tapi itu digantikan dengan tingkah laku diorang.
Ada masa, melalui ayat yang berlapis lapis.







Ayat dia menunjukkan dia ambik berat
tapi dituturkan dengan bahasa dan nada yang kasar.
Hahahah, ni pun pengalaman.
Hahah teman tahu dia ambil berat.
Tapi dia malu nak cakap terang terang. Hilang macho, tak gitu.
So begitulah outcome nya. Alolooo pemalu nya la haiii.
Nampak tak diorang ni penyayang sebenarnya.
Comel sangat :)


Hmm mesti kome sekalian fikir
teman ni menggalakkan tabiat ni.
Sebenarnya, tidak.
Teman hanya inginkan kome kome sekalian
untuk ambil masa dan selami hati spesies ni.
Why do they act and behave the way they are?







Ramai yang cepat menghakimi orang lain.
Buat baik, susahnya nak ingat.
Buat jahat, haramnya nak lupa.
Selalu bersangka buruk. Ada je nak dengki.
Kerap mencerca orang lain. Muhasabah diri? Jangan harap!
Orang tak bersyukur memang begitu.
Terasa? Itu petanda kome sedar diri.
Bawak bawak la berubah!


Teman memang amat mementingkan kejujuran
sebab sifat ni semakin hari semakin pudar.
Jadi bila dah dapat kawan kawan camtu, hargailah.
Kome beruntung tau.
Tak payah nak menghadap drama drama sebab yang itu tak puas dengan yang ini.
A tak puas kat B, tapi cakap kat C.
Pastu bertembung je, perli la, menjeling bagai. Aiyaaa
Apa punya logik la. Buduh sungguh.


Kalau dapat calon suami yang jujur ni
alangkah bahagianya hidup teman kelak.
Ya Allah, temukanlah daku dengan seorang insan
yang menjadikan kejujuran sebahagian dari dirinya.
Engkaulah sebaik baik pengkabul hajat.
Terimalah hajatku, Allahu Rabbi!









Sunday, February 12, 2012

Alkisah assignment yang menggamit memori silam.






Kami di kelas JIM1103A..
err senang senang kata dak Part 3 DIIM la
telah diberi macam macam assignment.
Typical me - assignment buat last minute.
Ada sekali tu, hari kena submit tu jugak la baru nak buat assignment.
Yang penting, isi isi dan material sume dah ade.
Jangan hari nak submit tu baru tergeheh geheh nak cari benda.
Itu BAHAYA! Hahahah


Tapi ada di antara assignment tu
yang dah buat aku nangis.
Satu ni Macromedia. Kami disuruh cerita pasal diri kami.
So, naturally
kena cari gamba sekolah, PLKN, gamba kat kolej
dan sudah tentu, gamba keluarga.


Sebak tengok muka ayah.


Tup tup dah nak dekat dua tahun dah.
Cemburu jugak tengok gamba wedding kakak.
Ayah ada untuk approve/reject laki yang ajak dating
ayah ada untuk jawab pantun bila anaknya dirisik
ayah ada untuk jadi wali
ayah ada dalam gamba wedding.
Tersenyum bangga anaknya dinikahi.
Tersenyum gembira melihat anaknya bahagia di sisi suami tersayang.
Cemburu.


Terdetik di hati, kalau aku bawa si dia (tah sape sape tah) berjumpanya
dia akan terima tak?
Dia akan tolak tak?
Ke dia akan beri masa, untuk tengok
layak ke lelaki ni nak jaga anak dia suatu hari nanti?
Bimbing dia? Tanggung dia? Sayangi dia?
Aku takkan tahu.


Masa buat Macro tu je dah berapa kali aku nangis.
Yang HTML - topik perkahwinan - cukuplah takat nampak gamba.
Gamba saja mencukupi.


It is amazing how one single picture can make all those tears you've been holding back for so long
to finally fall down.




But I am so proud to have witnessed
a love that lasts till the end.
Their love.
And I hope to have it someday, insyaAllah.


Al-Fatihah.





Tuesday, February 7, 2012

What breaks your bones is not the load you're carrying.







The Fighter by The Fray on Grooveshark







The lover held her love
She begged him not to go
The fighter wrapped his gloves
The fighter said I know, I know, I know
Just this one last time
I swear you'll still be mine
But he can't promise much
He goes for one last touch
One last touch




Maybe we were meant to be lonely, lonely
Maybe we were meant to be on our own
Loneliness has always been with me, with me
But maybe we don't have to be all alone




The fighter goes inside
The doubt is creeping in
He swings with all his might
At all that might have been
And she's in love with him
But lovers don't always win
He never even saw the swing
She calls out his name
Calls his name



Maybe we were meant to be lonely, lonely
Maybe we were meant to be on our own
Loneliness has always been with me, with me
But maybe we don't have to be all alone



What breaks your bones
Is not the load you're carrying
What breaks you down
Is all in how you carry



The lover held her love
She begged him not to go
She unwrapped his gloves
The lover said I know, I know, I know
Kissed his trembling lips
She touched fingertips
But somehow they both know
He's not coming home
Coming home



Loneliness has always been with me, with me
Maybe we were meant to be on our own
But I got to try or it will destroy me
Cause maybe we don't have to be all alone





Sunday, February 5, 2012

Warna kegemaran baginda Muhammad SAW adalah hijau dan putih. :)






Nabi Muhammad SAW telah menghadapi pelbagai dugaan.
Dihina. Diherdik. Dicampak dengan najis.
Namun hati baginda teguh
dengan cinta dan kepercayaan yang kuat kepadaNya.
Baginda terus bersabar.
Dan bersabar. Dan bersabar.


Dan lihatlah.
Sejarah Islam gemilang.
Dan lihatlah kini.
Sang muslimin dan muslimat
ada yang masih mengingatiNya
dan ada yang lalai.


Namun yang pasti
kejujuran, kebenaran dan kasih sayang Rasulullah SAW
wajiblah kita contohi.
Baginda jujur dalam setiap yang dikerjakan.
Sentiasa berkata benar, bijak, lagi berhemah dalam berhujah dan berdakwah.
Dan kasih sayangnya, Maha Suci Allah.. mendalam dan tidak berbelah bagi.


Keimanan, kesabaran dan budi pekertinya tergugat tidak
walaupun diuji.
Kita hanya diduga dengan dugaan
yang beratnya hanyalah secebis dari apa yang dirasai baginda
namun, teguhkah kita?


Muhammad bin Abdullah.
Rasulullah SAW.
Hidupnya berbakti, wafatnya diingati.


Allahumma sholli 'alaa sayyidina Muhammad
Wa 'alaa alihi washohbihi wabarik wassalim.



Salam Maulidur Rasul.





Friday, February 3, 2012

One short post.






There's this guy. :)
He's someone from the past.

Tapi tak nak lah berharap sangat.
Takdir? Ironi? Hanya Allah yang tahu.

Jika dia jodohku, dekatkanlah kami berdua.
Jika bukan, teguhkanlah kesabaranku dan keimananku.

Temanilah daku, Ya Allah.










Wednesday, February 1, 2012

Gerak hati?






Aku ada gerak hati
yang dia akan cari balik.
Dipendekkan cerita, memang betul gerak hati aku.
Dia add balik.
Aku minta sorang kawan aku ni
tolong kirim salam kat dia.
Lepas tu aku kuar jap, nak jumpa kawan.
Bila aku datang balik, kawan aku tunjuk chat antara dia ngan orang tu.


Taipnya, "Syidah kirim salam kat kamu."
Dia balas, "cakap kat dia, I'm sorry."
Kawan aku bertanya, "laaaa kenapa?"
Dia tak menjawab, sekadar berkata, "I'm sorry for everything."
Kawan aku jawab, "ok, nanti kita sampaikan, insyaAllah. Sabar ea."


Aku hanya mampu mengucap "Ya Allah.."


Doa aku supaya dilembutkan hatinya terkabul jugak. Heheh


Aku minta dia tolong balaskan.
Inilah jawapan aku, dari kata kata kawan aku,
"dia kata dia dah lama maafkan kamu.. dan jangan rasa bersalah sangat.
Dia cuma perlukan masa untuk terima kamu balik."
Dia siap tambah smiley lagi. Apa kaitan tah. Hahahah


Aku ada kata
jangan cari lagi kan?
Sebab benda ni menyakitkan, kan?
Tapi tu la, gerak hati ni kuat.
Dan terbukti betul plak.
Hmmm, aku anggap, mungkin Allah nak kami berdamai.
Motif? Hanya Allah yang tahu.
Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.


Aku tak tahu apa yang menanti
tapi aku ingin Allah bersamaku
dalam setiap langkah yang aku ambil.
Moga moga aku peroleh perlindunganNya dan petunjukNya, amiiiin.