Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Friday, June 1, 2012

Mungkin kali ini, aku lebih kuat.




beware, ini post panjang.
takpe, aku selitkan gambar dari weheartit + Tumblr :D



Cuti 2 bulan ni dah nak habis dah rupanya.
Hari ni dah 1hb Jun. Skang ni aku menunggu detik 9hb Jun.
Rindu nak jumpa balik insan insan aku gelar sahabat
yang aku rajin bahan bahan
sekadar nak hiburkan diri
dan lihat mereka tertawa, haaaa


Penuh dengan dugaan emosional dan mental sebenarnya cuti ni.
Hari ni baru aku buka pekung di dada.
Ingat tak, suatu masa dulu,
aku rapat dengan seorang insan jujur nak mampus tu?
Hahahah yeah, that guy.
Story dia some of you people dah boleh predict
berdasarkan kefahaman korang bila korang baca post post yang dulu.
Dari awal, sampai ke akhirnya.


Korang nak tahu tak, nape aku cepat bosan?
Sebab, obviously, aku sukakan hiburan.
Baca al-Quran itu boleh jadi hiburan
sepertimana dengar lagu sampai headbanging itu hiburan.
Anything goes; janji otak jalan.
Kenapa otak aku kena sentiasa jalan?
Sebab bila dia berhenti
ia akan bawa aku pada memori yang hancurkan hati aku.
First, ayah aku.
Second, well, dia lah.


Senang crita, bila aku bosan
minda aku akan timbulkan balik memori tu
dan emosi aku pun akan terganggu.


Macam tu la aku, bulan pertama cuti.
Tetiap malam jugak aku nangis.


Haaa ada satu cerita ni, pasal Hari Belia.
Hahah, cerita ni terlalu berharga bagi aku
aku pun sebenarnya fikir dua kali nak letak. Tapi
aku nak korang rasa apa yang aku rasa,
aku nak korang nampak apa yang aku nampak.
Bosan pun bosan lah, nawaitunya hanyalah nak share :)


Alkisahnya, mak aku ajak aku pegi.
Aku pun setujulah, jemu duduk rumah.
Sampainya sana, DAMN ramainya orang.
Panas? Duhh, ini Malaysia. Hahahah


Dalam ramai ramai tu aku nampak askar.
Aku terkesan sket, sebab
satu, ayah aku dulu askar.
kedua, dia marah aku bila aku kata aku nak masuk askar.
katanya, kalau aku masuk askar, kita putus kawan.
Hahahah, katanya, ibu dia dulu gitu juga.
Mungkin dia tak nak aku rasa benda tu, bahaya mungkin.
Tengok? Kan dah teringat!


Makin kami jalan, makin banyak pulak askar askar ni.
Serius, affected gila time tu, korang tak boleh bayangkan.
Ada satu masa tu aku nampak abang polis
baju dia kemas, rambut dia kemas.
Teringat pulak dia kata
Baju kitorang kena kemas, rambut kena pendek.
Itu kebanggaan dia. Hahahah


Time tu jugak la makin bertambah pulak insan beruniform
berkumpul kat tempat tu.
Sakit weh, rasa nak nangis je rasa.
Time tu aku jalan sorang sorang, jadi
terus aku cari mak aku.


Pusing pusing tempat tu, aku nampak orang JPAM.
Ok, sentap level 9000 kat situ.
By the time aku nampak ada sorang lelaki
dia tinggi lampai, well-muscled, warna kulit lebih kurang
macam dia
aku terus berharap
tolonglah ada orang UiTM kat sini, tak kisah la siapa
janji aku selamat dari kenangan tu.
Why? Sebab aku dah tak boleh nak bernafas time tu.
Kenangan. Antara semua benda yang boleh jatuhkan aku
kenangan rupanya.


Aku dengan ibu aku pun terus berjalan.
Aku nampak seorang lelaki, askar; kendong anak pempuan dia
yang penat, mengantuk; umur mungkin 3, 4 tahun kot.
Aku tenung je. Dan dia pun hilang, hanyut dalam keramaian.
Mak aku nak beli kuih cincin, jadi dia offer.
Aku kata takpe, sebab tak lapar.

Bila dah bayar, nak beredar, aku ternampak 2 classmate aku
satu couple - Paan dengan Alin weh!
Boleh pulak aku loading sampai 5 minit kat situ.
Borak kejap. Rupa rupanya, diorang ngan kawan lama Alin.

Pastu sambung balik jalan. Berhenti lagi
mak aku nak beli keropok lekor dengan cheese, hahahah
time tu ada perarakan ratu cantik mende tah
dan time tu jugak la aku nampak seorang lelaki ni
muka dia biasa je, dia pakai spek mata; so macam nerd sket. Hahahah
Tapi bila aku nampak dia senyum, bukan takat cute
bahkan menenangkan hati aku, sampaikan aku pun rasa nak senyum sekali.
Dia nampak happy sangat.
Pastu dia hilang dalam kerumunan orang kat situ.


Dan dalam saat tu jugak, aku tersedar.
Allah mungkin ingin sampaikan sesuatu pada aku.


Lelaki askar yang kendong anak perempuannya
mengingatkan aku pada ayahku, keluargaku.
terdetik di hati
'ayah kau, bahkan keluarga kau; walaupun mereka tiada nanti
mereka ada dalam diri kau.'
Kemudian Alin dan Paan, sahabatku.
terdetik di hati
'mungkin kau akan selalu bertukar kawan
mungkin juga kau yang akan tinggalkan mereka,
tapi kau takkan pernah tanpa kawan, takkan pernah sunyi.'
Akhir sekali, si comel nerdy.
'Suatu hari nanti, cinta abadi kau
akan menemui kau. Selamanya, milik kau.'


'Jadi bersabarlah, kuatkan hati!
Perjalanan kau belum berakhir!'


Alhamdulillah.
Fikirkan benda tu je dah cukup untuk buat aku senyum.
adalah sebenarnya mengenai perkara ni.


Tak dinafikan, ada masa terkenang balik.
Tapi bila ingatkan balik pengalaman tu, aku senyum.
Alhamdulillah. Allah itu Maha Panyayang :)


Dari situ, aku cuba terima hakikat.
Cuba lihat apa yang Dia dah buat.
Mungkin lambat. Aku ni kan sentiasa loading, hahahah
tapi aku cuba.


Korang rasa tak apa yang aku rasa?
Korang nampak tak apa yang aku nampak?
Aku pun nak korang nampak dan rasa
sepertimana aku dah pernah, suatu hari nanti.


Aku ni lemah.
Tapi, insyaAllah
mungkin kali ini, aku lebih kuat.







2 hello(s):

Sayidah Nafisah Ruslan said...

haaa..kan best buat entry bahasa melayu ni.. senang nak paham and boleh terus komen.. ngaaa~ :p

sabar ye syah. setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. allah tak kan beri kesusahan yang tak mungkin hambanya tanggung. allah akan beri kesusahan yang betul2 mampu kita tempuhi..

setiap ujian sebenarnya cubitan sayang dari allah :)

Charlie's Angel said...

yup! alhamdulillah, dah makin faham ^_^-