Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Monday, August 19, 2013

Kebanggaan.






Simple je ceritanya.
Begini.


Siang tadi aku beraya raya.
4 rumah diserbu.
Di rumah yang ke-4 ni, aku disapa oleh bapa saudara aku.
Dia tanya pasal progress studies aku.
Kataku, "dah habis diploma.
In shaa Allah, Noor masuk degree."
Katanya, "okay, belajar elok elok.
Cuba dapatkan first honors."
Selepas tu dia tanya,
"boleh tak dapatkan first honors tu?"
Jawabku, "in shaa Allah."


Tapi soalan tu membuatku pantas terfikir
selama ni kita belajar untuk apa?
Betul ke demi ilmu seperti yang disangka kita?
Ke demi segulung ijazah
yang akan dapatkan kita
kerja, duit, rumah, kereta?
Bayarkan bil bil kita?
Menjadi kebanggaan keluarga?
Sampaikan aku tertanya tanya,
diorang bangga dengan anak diorang ni
sebab anak diorang ada ijazah ke ada ilmu?


Memang raya aku
penuh dengan benda camni.
Soalan paling aku malas nak dengar, jujurnya,
"sambung mana?"
Macam nak bertanding anak siapa paling lejen.


Tapi siapalah aku nak sangkal hakikat
kita mintak kerja pun orang tengok ijazah.
Time raya pun tanya konvo bila.
Yang tak habis belajar tu tak semestinya tak pandai
tapi yang habis belajar tu orang akan kata 'mesti dia ni pandai'.
Legit tak statement tu?
Ke ada yang nak argue? Boleh. I'm open to anything.


Aku pun termangu sendiri.
All those semesters wasted.
I wondered if I have actually learned anything all this while.


I want to be better, in shaa Allah.





2 hello(s):

Anonymous said...

Good read. :)

From,
..kind+awesome+beautiful random person.

P/s: I did it for mom.

Charlie's Angel said...

I don't know who you are, but you made me rethink my thoughts. and for that,

THANK YOU.