Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Thursday, August 23, 2012

Mike beraye di Kuale.







Rumah ni letaknya di Jalan Istana.
Rumah zaman kanak kanak ayah aku. Aku memang suka tempat ni.
Hijau, dan bila pepagi bunyi ayam berkokok tu alarm bangun aku.
Carilah Masjid Ubudiah - rumah ni dekat dekat situ je :D




nun di belakang, kelihatan kubah Masjid Ubudiah. tekan untuk tengok lebih jelas.
jiran seberang - dulu selalu ada bunyi kambing mengembek dari sini. dah jadi korban kot - senyap je.
dari jauh, ginilah rupenye :D




salah seorang kazenku - Syazwan Nasir - Iwan. sentiasa ada muka dia kat album raya aku.
kazen sebaya - Khairul Nizar, panggil Nija. student UiTM Penang, ambik Mechanical Engineering.



Tahun ni kami bertiga je.
Yang sulung beraya dengan mertua,
dan yang ketiga tu teman kembar suami di rumah, sebab
parents diorang ada di Mekah. Allah :D


mempelam hijau lagi. ada rambutan, durian - tinggal nak tunggu gugur je :D
Dulu masa kecik kecik, selalu singgah rumah ni.
Saja suka suka.
Dan bila balik, memang akan berbekal buah - terutamanya rambutan :D
Sedap lagi manis :3

nampak si baju merah tu? tu Iwan - lagi - try nak photobomb.

celebrate birthday :D love indeed never gets old.

Jiwa muda, darah muda, semangat orang muda
disemarakkan oleh cinta. Haaa
Cinta sini, cinta situ. Lagu pun mendayu dayu bercerita tentang cinta, hahahah
Semua idamkan cinta sampai ke tua; tahap muka berkerepot, badan bongkok tiga -
alang alang extend la sampai syurga - cinta yang Allah suka dan redhai.


Satu nasihat untuk perempuan:
makin hari makin selalu dengar cerita wanita kurang ajar dengan suami.
Ya, mereka dituntut menghormati, menanggung dan melindungi kita.
Tapi mohon jangan sampai ambil kesempatan atas fakta tu.
Lagi tak boleh belah, tahap 'berkawan' pun
selalu jugak dengar cerita lelaki patah hati sebab pempuan,
dan pempuan banyak kata 'lelaki semua sama je.'

'Semua'?
Abih tu ayah korang? Abang korang? Adik lelaki, sepupu lelaki?

Lagipun, Allah ciptakan kita saling melengkapi.
Apa yang lelaki takde, wanita mampu tampung.
Apa yang wanita takde, lelaki mampu tampung.

Lelaki punya 9 akal, 1 nafsu;
dan wanita 1 akal, 9 nafsu.

Girls, get used to it - you'll be married to one of them anyway, insyaAllah.
Hahahah :D

yang bawah ni stok DL :D

Sauffy Nasir - Effy, the youngest, my age - UiTM Lendu,  Business :D
diorang memang macam ni. yang tengah tengah tu the eldest, Syahiran - Syer. dah keje dah pun. :D
nasi ayam = OHSEM.
unlike Iwan, Nija ni camera-shy :D

Sakinah Nasir, Kin, student medic kat Bandung, kakak Iwan and Effy :D
nama diorang, dari kiri: Raya, Kelas, Lepak. haaa
Time ni hujan, bosan bosan :D
mereka ni lah penghuni rumah ni skang, maaflah nampak belakang je XD
mak kami sibuk ambik bunga nak bawak balik, kami pun.. well.. 


the shot was unintended, and it came out perfectly! mostly sebab Iwan.

Harapnya semua sonok la beraya. Kalau dapat duit raya sikit,
redha je la - turn korang pulak bagi duit raya nanti, muahahah :D


Semoga kita semua bertemu lagi dengan sahabat kita, Ramadhan, di tahun depan;
insyaAllah, aamiiin ya Rabb.


Salam Aidilfitri 1433, maaf zahir batin :)





3 hello(s):

Sayidah Nafisah Ruslan said...

selamat hari raya shah! :D
bestnya dapat beraya dekat kampung..

si gadis melayu said...

cantiknyaa kampung. :)

Charlie's Angel said...

Fisah: selamat hari raya! memang best raya kat kampung, semangat raya terasa kat sini :D
Diyana: heheh, aku bagi pihak kampung tu katekan 'terima kasih'. hahah