Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Sunday, August 5, 2012

Api di hati






Wahai engkau yang rendah diri, ketahuilah


ada masa
aku penat punya perasaan;
ada masa
aku penat pula menyembunyikannya.


Perasaan.
Melemahkan aku, sepertimana ia menguatkan aku.
Memudahkan, sepertimana ia menyusahkan.


Penat

kerana dunia ini diisi oleh mereka yang kebanyakannya
tidak kenal erti syukur;

kerana semuanya lebih mementingkan drama mereka
sehinggakan tiada sekelumit pun timbang rasa ditinggalkan
bagi mereka yang juga ingin difahami;

dan kerana kini, ketahuilah, kita kini sendiri
dan hanya Tuhan yang sudi mendengar.


Dan sungguh, aku bersyukur, alhamdulillah!
telah Dia timbulkan dalam hati ini kesedaran itu.


Aku sedar
aku lemah. Tak matang. Belum cukup ilmu.
dan masih lagi tercari cari
siapa aku, apakah matlamatku, dan siapakah peneman dunia akhiratku.


Mungkin kali ini
tiba masa aku tetapkan bahawa perasaan, ada masanya
hanya akan dibiarkan dalam hati.
Semuanya demi kekuatan, kematangan, pengalaman
demi memahami erti pengorbanan;
seperti yang barangkali pernah dirasai oleh salah seorang adikku-
adikku yang aku sayangi, sejak kudekatinya
lantaran surah Al-Takaatsur.


Bila dinyalakan, aku dianggap lemah.
Bila dikelamkan, aku dianggap tidak punya hati.
Jahil sungguh mereka yang menghakimiku.


With or without emotions
I must rise, at all costs;
I will rise, like the sun from the East
I will rise, like a phoenix from the ashes
I will rise, like a flower from the ground


Just so that you, too, will rise with me.


Cukuplah engkau menangis dalam nukilanmu.
Cukuplah kau marah dalam sindiranmu.
Bangunlah kau bersamaku.
Marakkan api perasaanmu - bahan api semangatmu
dan nyalakan segala obor obor kebaikan
yang ingin kau cahayakan di dunia
yang ingin kau serlahkan kepada mereka yang cuba memadamkanmu.


Keluarlah, keluarlah dari kepompong rendah diri.
Keluarlah-
Tonjolkan warna warna gembiramu!
Sebarkan sirna kasih sayangmu!
Dunia ini belum lagi berpeluang melihatnya!


Aku sedang cuba menggagahkan diriku
dan aku harap, kau juga begitu.





5 hello(s):

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sungguh mendalam.
akan ku sapot mu insha allah :)

Anonymous said...

menyusuk kedalam kalbu. bagus2, teruskan lagi.

Endorphins said...

inspirasi: Twitter, Olimpik, Hoore Hoore, facebook dan kehidupan sosial yang xseberapa :D

thanks korang :)

Unknown said...

=)

Endorphins said...

:D