Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Friday, October 12, 2012

Kulihat Angah.





Kulihat Angah, pada 10 Oktober.


Aku marah.
Aku kasihan.
Aku tertanya tanya.


Aku marah,
kerana dia masih terkenang akan masa lalu.
Kerana dia membiarkan kenangan menggenggam dirinya.
Kerana memori masa lampau itu membutakan dia
dari melihat kisah masa kini
yang sedang terbina di hadapannya,
dan mereka yang ada bersamanya, penuh kasih dan setia.


Namun kemudiannya,
timbul rasa kasihan di hati;
kerana dia hanya manusia,
yang berpegang pada cinta.
Cinta yang suatu masa dulu
menyerlahkan kemanusiaan adikku.


Lalu aku tertanya tanya
begitukah cinta? Dan,
kapankah hadirnya bahagia
yang akan mengembalikan seri wajah Angah?


Kebahagiaan di mana
akan mengajar Angah
bahawa cinta itu memanusiakan kita -
menampakkan kelemahan kita, namun pada saat yang sama
menggagahkan kita?


Cinta itu rumit.
Kita semua telah lama membahasakan cinta,
memburu definisi sebenar cinta.
Namun, kita tidak mampu.
Yang pasti, cinta hanya mampu difahami
di saat itu, di tempat itu, bersama orang itu.


Dan dalam pada itu, berkata si hati
Subhanallah, indahnya cinta.


Tanggal 10 Oktober 2012, aku menangis
melihatkan adikku, Angah menghidupkan kembali memori itu.
Sejelas mungkin.
Tragisnya hikayat itu, detus hatiku.
Dan nyata hatiku terlalu lembut untuk menahannya.
Begitulah cinta. Yang besar itu efeknya, yang kekal itu lukanya.


Terdetik di hatiku
barangkali dia dibelenggu rasa bersalah.
Namun demi Allah,
jika aku tahu, sudah lama dia aku bantu.
Buat pertama kali, aku lemah dan bebal
dalam menangani apa yang sedang berlaku di hadapanku.


Namun aku tahu kini, bahawa wanita itu inginkan apa yang aku inginkan -
dia inginkan Angah untuk bahagia.


Dan aku berdoa agar Allah Taala panjangkan umurku
cukup panjang untuk aku akhirnya dapat berbakti kepada bonda,
dan juga melihat Angah bahagia;
Angah, salah seorang adikku yang aku kasihi.


Aku berdoa, agar bila saat bahagia itu tiba
akan tercetus satu rasa
membangkitkan Angah untuk akhirnya berani menampakkan manusianya dia,
dan saat itu juga akan menyerlahkan
sifat kepimpinannya, baik di dunia dan di akhirat.


Tidak mengapa, Angah. Ambillah masa selama perlu,
akan kunantikan saat itu, aku pasti.
Aku percayakan kemampuanmu.


Ya Rabbi, aku panjatkan hajatku kepadaMu,
kerana Engkaulah sebaik baik pengkabul hajat.


Hari ini hari Jumaat. Sayyidul Ayyam - penghulu segala hari.
Sudikah kau mendengarkan cerita al-Kahfi bersamaku, wahai cinta Angah?











MOOD SPOILER!!
ANGAH, A PINK DRAGON, IS DEATHLY AFRAID OF CAMERAS.





2 hello(s):

Sayidah Nafisah Ruslan said...

semoga kita semua menemui cinta yang hakiki.. eh.. tetibe.. hehe

Endorphins said...

hahah! masuk topik jugak la tu, Fisah. hahah aamiiin, moga moga semua ketemu cinta luhur kelak :)