.. dia, pada kamu, seolah olah tertarik padaku
dan aku, dulu, jelas pernah tertarik padanya
dan aku dan dia kerap terjumpa
terlihat dari jauh, mahupun menegur kala dekat
tanpa disangka sangka
di kampus kecil ini
dan kerap kali
kami bertemu
di dalam situasi di mana kebarangkalian ianya akan terjadi
adalah satu dalam seribu
itu tidak bermakna
dia adalah untukku.
Tidak bermakna dia sebetulnya akan menjadi kasih awalku
dan semestinya bukan cinta akhirku.
Dan tidak semestinya
itu sebulat bulatnya menandakan
dia adalah jodohku, dunia akhirat
wahai sahabatku yang sentiasa berniat baik.
Biarlah semuanya berlaku mengikut aturan yang tertulis olehNya.
Kerana hatinya terpaut pada yang lain
dan aku dulu terpaut pada yang lain.
Aku tidak serik menyayangi dan menyintai dan mengambil berat
bahkan
kasih itu hanya bertambah
kerana
aku tidak ingin
mereka yang aku sayangi
merasai apa yang aku rasakan kini.
Dan kepadamu, sayang.. sudah sebulan kita terpisah
namun ia terasa hanya baru sahaja berlaku.
Ya Allahu Rabbi, teguhkanlah keimanan dan kesabaran hambaMu.
Aku tahu, aku lebih kuat dari apa yang aku sangkakan.
Kerana Allah tidak menurunkan sesuatu dugaan
yang melebihi kemampuan hambaNya yang Dia sayangi.
Bukankah jelas di situ Dia mempercayai kemampuan kita?
Dia hanya menantikan kita ungkapkan namaNya
dengan nada penuh berserah, penuh kasih sayang
dan semestinya penuh keimanan.
Aku hanya perlukan masa
cukup untuk aku bangun dan berjaya, dan kecapi bahagia
dan semestinya cukup
untuk membuatkan dikau melihatku
dan fikirkan kembali
betapa ruginya engkau
lebih bertuankan egomu, sayang.
"Jangan risau semuanya sudah tertulis."
(Ctnourmaisara Rara, January 2012)
Haih, dah ringan sket hati nih :D
4 hello(s):
sebak aku baca beb
hahah, jangan nangis plak bila nampak aku dalam kelas nanti. :D
sabar2..
hahahah, sedang cuba melupakan. :)
Post a Comment