Loop.

Peace be upon you.

My Photo
Endorphins
A flawed novice observer.
View my complete profile

The crowd.

Wednesday, January 11, 2012

Nampak tak usaha saya untuk dengar nasihat kamu?






Kamu yang kata
Tak baik putuskan pertalian silaturahim.
Saya pegang kata kata awak.
Lagipun.. saya faham balasan di akhirat nanti cane.



Jadi, saya sedar
ayat saya dah betul betul buat kamu terasa hati.
Niat di hati, hanya untuk menguji kamu.
Nak lihat, bagaimana kamu respon.
Dari situ, saya dapat fahami kamu.



Tapi, lain pulak jadinyeeeee alahai
Awak terasa, tersentuh, TACING!
Ahh dem syit la gini, salah langkah lagi



Jadi saya cuba contact kamu.
Serius, saya minta maaf dengan kamu seikhlas hati!
Saya dah la tak sempurna pahalanya
saya tak mahu berdosa kerana memutuskan hubungan antara kita!
Saudara saudari sesama Islam!
Saya call. Saya text.
Untuk hampir 2 minggu tau tak!
Bayangkan la, dah la cuak, bimbang
akan kehilangan kamu.
Rindu? Haih jangan ditanya soklan bodoh tu, bingai..
HAWAU KAMU NI.






Dan selama 2 minggu tu jugak la
kamu tak angkat call saya, tak reply text saya.
Haih. Akhirnya kepada Allah SWT jugak la saya berserah.
Saya panjatkan doa, mohon agar dikabulkan.
Haaa. Lagi satu saya nak jelaskan.



Hanya kerana saya kata
"saya sayang kamu"
itu tidak bermakna, saya ulangi, TIDAK BERMAKNA
saya nak kapel, pandai!
Lain kali.. kalau nak fahami isi hati saya.. TANYA!



Saya pun tak nak kapel.
Bila saya tersedar, takat calling callling pun dah dosa
Bayangkan la dah berapa dosa kita dapat
dalam tiap tiap malam kita gelak gelak
maki maki, nganjing nganjing.
Kalau saya seorang je tanggung, takpe lagi.
Tapi masalahnya.. kita berdua menanggung dosa!
Lagilah saya cuak. Tak memasal saya buat awak tanggung dosa.
Lagipun
saya tengok orang kapel pun dah macam mintak nyawa je.
Seram. Ngeri. X HINGIN!






Jadi saya sematkan niat di hati
saya berhasrat nak tunggu nikah
dengan jodoh yang telah Dia tetapkan untuk saya.
Just imagine, dalam kita berkasih sayang, mengikut bahasa berbunga tahap alergik nye lah kan
masing masing dapat pahala, kerana ianya suatu ibadat!
Kalau dengan kamu, heheheh op kos la saya suka.
Cara kamu gurau memang serius kasar. Biasalah orang Bachang, Melaka kan.
Tapi saya faham maksud di sebalik kata kata kamu.
Saya hargai bila kamu ambil berat.
Tapi kalau bukan, saya tak kisah pun.
Mungkin saya bukan untuk kamu, dan kamu bukan untuk saya.
Lagipun, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Dan begitulah sebaliknya.
Nampaknya.. banyak bebeno lagi la tentang diri saya yang saya kene repair.
Sorry la saya buat kamu sakit. Saya pun sakit tengok kamu sakit. Tapi..
Time heals everything, ye dak?






Saya, jujurnya
tak tau nak type apa lagi dah. Hahahah
Tapi saya berharap sangat sangat, Allah SWT
yang Maha Mendengar, Maha Berkuasa, Maha Penyayang
mengabulkan doa saya
agar hilang sebarang masalah yang melanda
dan lembutkanlah hati kamu yang penuh ego tuuuu


Sekian saja luahan hati batu ini
Wasalam.





3 hello(s):

si robot comel said...

pheewittt

Sayidah Nafisah Ruslan said...

insya allah.. kalau ade jodoh. adalah tu :)
sama2 lah kita doakan :)

Endorphins said...

kak Madi: haa terer kan I? pheewit kepada diriku. XD

Fisah: insyaAllah :D