Perkara ni berkaitan dengan sesi di akuarium baru baru ini.
Macam biasa
dibahan, bergurau, berkongsi.
Masing masing cuba menghiburkan diri.
Lalu adalah seorang makhluk Allah
pasang video Ustaz Don di YouTube.
Lupa pulak la video apa namanya.
Tapi inti sari dia bolehlah disimpulkan.
Ianya berkenaan ibubapa.
Sampai suatu saat
dia bercerita pasal mandi mayat.
Bukan aku gentar. Bukan aku geli.
Dan bukan kerana ayahku.
Ianya kerana dalam hati ini
timbul perasaan takut
akan kehilangan ibuku.
Hilangnya dia, hilanglah diriku.
Itu satu. Jadi aku terbayang pulak
Kami beradik yang mandikan dia.
Jauhnya kami, kami berkumpul jua, demi ini.
Allahu Akbar.
Aku sedar, ibu hanya ada kami, anak anaknya.
Kamilah hartanya. Kamilah nyawanya.
Jadi secara harfiahnya, memang fokusnya jatuh ke atas kami.
Dan sudah tentu, harta dan kasihnya, dicurah ke atas kami.
No one would understand and love us the way she does.
Sebab itu, walau rapat mana sekalipun dengan sahabatku
ada saja yang tersimpan.
Takkan la nak pentingkan diri
lalu minta diorang utamakan kita lebih dari keluarga sendiri.
Tolong kawan lebih, tolong keluarga? Hareemmm.
Masing masing punya hidup sendiri. Biarlah.
Jadi datanglah ego tu. Ego itulah yang buatkan aku indie.
Ego itulah yang langsung tak langsung membuatkan aku memendam.
Ego itulah yang jadikan aku degil.
Hilangnya dia, hilanglah aku.
Entah dia tahu ke tidak
aku memang perlukan dia sebenarnya.
Hakikatnya, aku ni penakut. Lemah. Resah. Semua ada. Lengkap set.
Tapi cukuplah sekadar suaranya menyapa.
I feel better. Stronger. Brand new.
Kalaulah aku seberani selalu
untuk meluahkan segalanya.
Hilangnya dia, hilanglah aku.
Bukannya kakak aku semuanya tak pedulikan aku.
Of course they cared. They loved me, I see that.
Like I said, masing masing punya hidup sendiri.
Ada keluarga. Ada kawan. Ada tanggungjawab.
Belajar je la berdiri sendiri.
Susah memang susah. Masih perlukan tunjuk ajar.
Tapi, alah bisa tegal biasa.
Mereka ni manalah dapat faham aku
yang sukar dijangka dan suka memendam ni.
And of course, that's when the ego comes in useful.
Hilangnya dia, hilanglah aku.
Kekuatanku. Hala tujuku. Semangatku.
Inilah yang bermain di fikiranku
bila video itu dimainkan.
Aku terbayang, lalu takut dan sebak.
Aku bangun, dan melangkah keluar.
Rasa macam biadab pun ada.
Tapi - lagi sekali, ego - aku tak mahu menangis depan orang.
Kalau boleh, prevent it at all costs!
Tapi tak nangis pun akhirnya. Tak jadi keluar mungkin.
Bila aku masuk balik
yang pasang video tu
pandaaaaang je aku, seolah olah nak merungkai sesuatu.
Takpe, selagi Allah izinkan, boleh la kita semua nak kenal hati budi bagai. Haaa.
Hahahah :D
Hilangnya dia, hilanglah segalanya.
Aku pun egoistik juga.
0 hello(s):
Post a Comment